about me

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke blog ini. Blog ini adalah blog persendirian dan bukan web rasmi syarikat pengedar produk ....................Sehubungan dengan itu,maklumat eksekutif pemasaran,stokis dan egen-egen syarikat lain tidak dapat disertakan dalam blog ini.

Nama diberi Nur Hidayah. Berasal dari Jempol, Negeri Sembilan. Sekarang menjadi guru sementara di Sek.Keb.Sungai Kelamah.Insyaallah jika di izinkan Allah, saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat  yang lebih tinggi...insyaallah...

Tujuan blog ini di adakan...

Saya ingin memanfaatkan blog saya ini dengan mempromosikan   produk 100% buatan bumiputra di dalam pembuatan coklat dari rumah atau lebih dikenali sebagai "Home Made Chocolates". Sebelum ini saya pernah mempromosikan dan sekaligus sebagai penjual produk ini di beberapa sekolah yang pernah saya belajar...dan alhamdulillah mendapat komen yang positif dan memberangsangkan.

Saya terus- terusan mempromosikan "home made chocolates"  ini karana selain 100% buatan bumiputra, produk ini juga telah di iktiraf dan disokong olah Jabatan Pertanian Malaysia dan telah mendapat sijil halal daripada JAKIM.

Selain itu, saya sendiri secara tidak langsung dapat bekerjasama dengan pengusaha produk ini yang berasal daripada Kuala Pilah, Negeri Smbilan dan sekaligus dapat menimba serba sedikit pengalaman serta ilmu daripada beliau.

Kini saya ingin cuba membuat jualan menerusi online kerana pasaran online semakin meluas dan memandangkan kekangan masa untuk begarak ke merata tempat untuk mempromosikan produk ini. Saya juga amat berbangga kerana secara tidak langsung dapat bersama mempromosikan produk buatan desa. Saya harap anda akan terus menyokong barang buatan Malaysia...

Semoga blog ini dapat memberikan info produk kepada semua pelawat blog ini. Disamping beberapa atikel untuk muhasabah diri yang akan saya cuba tampilkan sebagai perkongsian di sini salain info dan promosi produk.

Semoga anda berpuas hati dengan info yang terdapat di sini. Sekiranya anda mempunyai komen dan cadangan, sila tampilkan....terima kasih.

Sekian.

Ikhlas dari,
Nur Hidayah